Tentang Kami

“Upgrading Intelligence,
Outstanding Your Performance”

Global Genius Consultant Sdn. Bhd. adalah penyedia latihan profesional yang berdaftar di bahawa Perbadanan Sumber Manusia Berhad (Agensi Kementerian Sumber Manusia).

Servis Kami

null

HR Development

null

In-House Training

null

Public Seminar

null

Consultancy

null

Learning Technology & Solution

null

Sales & Marketing

null

Social Research

null

Events

INTEGRATED KNOWLEDGE
& HYBRID LEARNING SYSTEM

(IKHLAS)

Infinity.Positivity.360
Membantu membina budaya pembelajaran dalam organisasi anda.

Integrated Learning Solution (IKHLAS) ialah metodologi kami dalam mengendalikan program sehingga para peserta mengalami suatu pengalaman latihan yang komprehensif; ia bermula sebelum program bermula, dan berakhir sehingga berakhirnya hayat mereka.

null

PRE LEARNING MATERIAL

Merangkumi pembelajaran yang ringkas, kartun, fakta pembuka minda dan diskusi pembuka minda yang menarik.

null

PRO ACTION LEARNING

Mengandungi pembelajaran yang interaktif dengan 40% pembentangan dan 60% aktiviti disamping mesej subliminal sepanjang seminar.

null

POST LEARNING CONDITIONING

Aplikasi telefon pintar – WISDOM yang mengandungi sistem push message dan alarm system sebagai conditioning tools kepada peserta.

flat-Dark-blue

Seminar In-House

Anjurkan seminar khas di tempat anda dengan aplikasi NLP. Pilihan 10 modul yang praktikal, kini seminar dan kursus bukan sahaja berimpak tinggi, malah seronok untuk dihadiri!

null

Seminar Berskala Besar:
Kepintaran Emosi & kepintaran spiritual untuk mencetus potensi diri

Ramai orang menyebut tentang kepintaran emosi (EQ) dan kepintaran spiritual (SQ) tetapi tidak tahu apakah maksud dengan prosesnya. Kedua-dua perkara tersebut sangat penting dalam peningkatan potensi dan prestasi seseorang itu kerana setiap orang yang ingin meningkatkan prestasi diri perlulah memiliki EQ dan SQ dengan baik dan tersusun. Para peserta juga akan merangsang potensi dan prestasi diri dengan EQ dan SQ sehingga mendpat semangat dan penghayatan ibadah dalam kerjaya mereka.
null

Seminar Bersakala Besar:
Kuasa Berfikiran Positif untuk Kecemerlangan Diri & Organisasi

Seminar ini boleh dijalankan sehingga 500 orang bagi satu sesi dengan metodologi yang menarik dan penuh dengan pengalaman pembelajaran bertujuan untuk membina mindset positif. Kajian akademik menunjukkan fikiran positif dan optimis dapat membantu meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah, lebih inovatif dan proaktif, serta menjadi ahli pasukan yang lebih baik menyumbang untuk organisasi. Ia juga boleh dijalankan untuk kumpulan kecil dengan metodologi mudah yang lebih eksklusif.
null

Kemahiran Khidmat Pelanggan Five Star Bertaraf Dunia Untuk Kecemerlangan Penyampaian

Program ini menukar mindset para peserta tentang apakah itu khidmat pelanggan. Ia bukan sekadar melaksanakan tugas, bahkan ianya melebihi dari itu. Bukan sekadar memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, tetapi memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan, setiap kali berurusan dengannya. Fokus utama dalam program ini ialah untuk mencipta ‘customer experience’ apabila berurusan dengan organisasi peserta.

null

Kemahiran Berunding dan Mencapai Persepakatan Dengan Teknik S.I.N.E.R.G.I

Program yang akan mendedahkan kakitangan yang terlibat dalam proses rundingan dengan mesra, ringkas dan pantas bagi mencapai persetujuan yang diharapkan. Ia adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari dan dipraktikkan sehingga menjadi seni yang mampu melonjakkan prestasi diri dan organisasi lebih tinggi lagi. Program ini akan membantu para peserta mencipta keserasian dengan memahami psikologi manusia dan menggunakannya untuk mempengaruhi secara positif dan bijak dalam menghasilkan persetujuan bersama untuk hasil kerja yang lebih pantas dan berkesan.

null

Kemahiran Pembentangan dan Pengucapan Awam Berkesan dan Karismatik dengan Teknik S.P.E.A.K

Ingin mempengaruhi orang lain dengan penyampaian presentation yang menarik dan efektif? Tidak kira penyampaian dihadapan seorang mahupun ramai, program ini dirangka untuk membantu anda menjadi lebih efektif dan persuasif. Sejarah membuktikan, kesemua pemimpin agung dunia mempamerkan satu ciri yang sama iaitu kebolehan untuk berdiri di hadapan khalayak ramai dan menyampaikan mesej dengan cara memberansangkan. Tingkatkan prestasi pasukan dengan kemahiran pembentangan dan ucapan sekarang!

null

Kemahiran Coaching & Penyeliaan Berkesan Untuk Peningkatan Prestasi Ahli Pasukan Cemerlang

Tingkatkan prestasi pasukan dengan teknik coaching yang betul dan tepat bagi membantu ahli pasukan anda meningkatkan potensi diri dan prestasi kerja mereka. Penyelia dan pengurus yang baik bukan sahaja boleh mengendalikan dirinya sendiri, bahkan boleh membimbing ahli pasukan melakukan yang terbaik.

null

Kemahiran Pengurusan Stress & Konflik Secara Berkesan untuk Prestasi Kerja Optimum

Membantu peserta memahami apakah itu stress dan bagaimana untuk menguruskannya dengan baik bagi memastikan prestasi kerja sentiasa berada di tahap yang paling optimum. Peserta juga mempelajari kaedah untuk berhadapan dengan sesuatu konflik dan menguruskannya sebelum menjadi krisis yang tidak diperlukan.
null

Seni Komunikasi Dan Berinteraksi Untuk Kecemerlangan Pasukan Dan Organisasi Menggunakan Teknik C.O.N.N.E.C.T!

Kebolehan berkomunikasi secara efektif merupakan suatu asset yang penting. Ia mampu membinahubungan yang baik antara anda dan klien mahupun rakan pejabat. Ia juga akan meningkatkan self estim, dan memberi nilai tambah yang hebat kepada prestasi dan kejayaan anda.

null

Kemahiran Pemasaran & Kejurujualan Dengan Teknik Pukau Selling

Program ini akan memberikan gambaran praktikal yang baru tentang Proses Jualan dan Komunikasi Persuasif. Antara kaedah yang akan dipelajari adalan bagaimana untuk membina rapport pantas dengan pelanggan; sehingga prospek menjadi selesa dan berfikiran terbuka untuk mendengar apa yang ingin dibentangkan; hanya dalam masa 3 minit sahaja. Selain itu juga, peserta akan didedahkan dengan gaya pemikiran dan minda prospekiaitu mengenal pasti bagaimana prospek boleh terpengaruh, gaya berfikir dominan, keperluan prospek, strategi pembelian mereka dan pelbagai lagi.

null

Kemahiran Berfikir & Berinovasi dengan M.I.N.D Tools: Cipta Lebih Idea

Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan menerapkan budaya berinovasi dalam membuat keputusan adalah ciri penting yang perlu ada dalam setiap manusia. Program ini akan menerangkan kepada peserta tentang penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif, serta melatih para peserta untuk menguruskan proses berfikir secara tersusun dan sistematik untuk keputusan yang tepat dan baik untuk sesebuah organisasi.

Berminat dengan Seminar Kami ?

Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut.

WhatsApp ke
013-327 1355

atau

Hubungi
013-327 1355

atau

Email ke
admin@globalgenius.com.my

atau

Anugerah ASEAN HR Award

Di atas komitmen & kesungguhan beliau dalam membangunkan potensi dan mindset kelas pertama, Pengarah Global Genius Consultant yang juga Pengasas NLP Malaysia Hj Fadzli Yusof telah terpilih untuk menerima Anugerah ASEAN HR Award yang disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Redzuan Mohamed. Beliau juga tersenarai dalam ‘Most Successful People in Malaysia’ dalam ensiklopedia terbitan Britishpedia, yang merupakan siri ensiklopedia berprestij di seluruh dunia. Malah, Universiti Teknologi Petronas telah melantik beliau menjadi Pensyarah Adjunct mulai 2015 untuk berkongsi kepakaran industri dengan mahasiswa-mahasiswa di UTP. Buku tulisannya disenaraikan sebagai salah satu rujukan utamabagi penilaian pegawai kerajaan

Pengalaman Kami

Kami percaya, anda sentiasa mencari syarikat penyedia latihan yang professional,
berdisiplin dan komited mengendalikan kursus latihan yang terbaik.

Bidang utama yang menjadi kepakaran kami ialah dalam Neuro Linguistic Programming (NLP) dan Emotional Social Intelligenge (ESI) dengan adaptasi dan penyesuaian dengan faktor agama, spiritual, sosio budaya dan keperluan masyarakat setempat. Kami mengendalikan program NLP untuk aplikasi motivasi diri, komunikasi, kejurujualan, coaching, khidmat pelanggan, kerja berpasukan, dan kepimpinan pasukan.

Bukan kami sahaja yang TERUJA mengenai Global Genius Consultant…

25,000+ peserta di seluruh negara juga bersama kami.


ms_MYBahasa Melayu