|
Global Genius Consultant Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat latihan dan pembangunan prestasi yang ditubuhkan untuk menjadi salah satu penyumbang utama dalam proses pembangunan modal insan di negara ini. Dengan keyakinan terhadap kepentingan pembangunan insan dalam peningkatan prestasi, kami mengorak langkah untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami.
Bidang utama yang menjadi kepakaran kami ialah dalam bidang pembangunan kapasiti dan kompetensi, yang menjadi asas kepada kecapaian misi dan visi sesebuah organisasi.
Adalah menjadi impian kami bahawa dengan usaha yang digembeleng bersama, bangsa Malaysia mampu menjadi antara bangsa yang paling kompetitf, cekap dan berdaya saing; sejajar dengan aspirasi kita untuk menjadi sebuah negara maju.
|
|