In House Seminar

Anjurkan seminar khas di tempat anda. Pelbagai modul yang praktikal, kini seminar dan kursus bukan sahaja berimpak tinggi, malah seronok untuk dihadiri!

Kemahiran Pemasaran Dan Kejurujualan Dengan Teknik Pukau Selling

Program ini akan memberikan gambaran praktikal yang baru tentang Proses Jualan dan Komunikasi Persuasif. Antara kaedah yang akan dipelajari adalan bagaimana untuk membina rapport pantas dengan pelanggan; sehingga prospek menjadi selesa dan berfikiran terbuka untuk mendengar apa yang ingin dibentangkan; hanya dalam masa 3 minit sahaja. Selain itu juga, peserta akan didedahkan dengan gaya pemikiran dan minda prospekiaitu mengenal pasti bagaimana prospek boleh terpengaruh, gaya berfikir dominan, keperluan prospek, strategi pembelian mereka dan pelbagai lagi.

Kemahiran Khidmat Pelanggan ‘5 STAR’ Bertaraf Duni Untuk Kecemerlangan Penyampaian

Program ini menukar mindset para peserta tentang apakah itu khidmat pelanggan. Ia bukan sekadar melaksanakan tugas, bahkan ianya melebihi dari itu. Bukan sekadar memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan, tetapi memberikan pengalaman terbaik untuk pelanggan, setiap kali berurusan dengannya. Fokus utama dalam program ini ialah untuk mencipta ‘customer experience’ apabila berurusan dengan organisasi peserta.

Kemahiran Berunding Dan Mencapai Persepakatan Dengan Teknik S.I.N.E.R.G.I

Program yang akan mendedahkan kakitangan yang terlibat dalam proses rundingan dengan mesra, ringkas dan pantas bagi mencapai persetujuan yang diharapkan. Ia adalah suatu kemahiran yang perlu dipelajari dan dipraktikkan sehingga menjadi seni yang mampu melonjakkan prestasi diri dan organisasi lebih tinggi lagi. Program ini akan membantu para peserta mencipta keserasian dengan memahami psikologi manusia dan menggunakannya untuk mempengaruhi secara positif dan bijak dalam menghasilkan persetujuan bersama untuk hasil kerja yang lebih pantas dan berkesan.

Kemahiran Pembentangan Dan Pengucapan Awam Berkesan Dan Karismatik Dengan Teknik S.P.E.A.K

Ingin mempengaruhi orang lain dengan penyampaian presentation yang menarik dan efektif? Tidak kira penyampaian dihadapan seorang mahupun ramai, program ini dirangka untuk membantu anda menjadi lebih efektif dan persuasif. Sejarah membuktikan, kesemua pemimpin agung dunia mempamerkan satu ciri yang sama iaitu kebolehan untuk berdiri di hadapan khalayak ramai dan menyampaikan mesej dengan cara memberansangkan. Tingkatkan prestasi pasukan dengan kemahiran pembentangan dan ucapan sekarang!

Kemahiran Coaching & Penyeliaan Berkesan Untuk Peningkatan Prestasi Ahli Pasukan Cemerlang

Tingkatkan prestasi pasukan dengan teknik coaching yang betul dan tepat bagi membantu ahli pasukan anda meningkatkan potensi diri dan prestasi kerja mereka. Penyelia dan pengurus yang baik bukan sahaja boleh mengendalikan dirinya sendiri, bahkan boleh membimbing ahli pasukan melakukan yang terbaik.

Kemahiran Berfikir & Berinovasi Dengan M.I.N.D Tools : Cipta Lebih Idea

Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara kreatif dan menerapkan budaya berinovasi dalam membuat keputusan adalah ciri penting yang perlu ada dalam setiap manusia. Program ini akan menerangkan kepada peserta tentang penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif, serta melatih para peserta untuk menguruskan proses berfikir secara tersusun dan sistematik untuk keputusan yang tepat dan baik untuk sesebuah organisasi.

Seni Komunikasi Dan Berinteraksi Untuk Kecemerlangan Pasukan Dan Organisasi Menggunakan Teknik C.O.N.N.E.C.T!

Kebolehan berkomunikasi secara efektif merupakan suatu asset yang penting. Ia mampu membinahubungan yang baik antara anda dan klien mahupun rakan pejabat. Ia juga akan meningkatkan self estim, dan memberi nilai tambah yang hebat kepada prestasi dan kejayaan anda.

BERMINAT UNTUK SERTAI SEMINAR KAMI?

Berhubung dengan TEAM NLPMC Sekarang